BUKU SIRAH NABI TERBAIK
SEDANG MENCARI BUKU BACAAN DAN RUJUKAN YANG TERBAIK MENGENAI SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD SAW..??
_______________________________________________________________________________________________________________
Buku ini yang dikenali sebagai Sirah Nabawiyyah Al-Rahiq Al-Makhtum adalah sebuah buku sirah Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah dihasilkan.
Buku ini asalnya dinamakan sebagai Ar-Rahiq Al-Makhtum. Ia sebuah kajian ilmiah oleh Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri dari Pakistan. Kajian dibuat secara terperinci bermula dari latar belakang masyarakat Arab, keturunan Baginda hinggalah sampai wafatnya Baginda Nabi Muhammad SAW.
Kajian tersebut diumumkan sebagai kajian terbaik penulisan sirah Nabi Muhammad
SAW yang diadakan pada tahun 1979 oleh Rabitah Al-`Alam Al-Islami di Makkah. Sejak itu, buku ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dan
disebarkan ke seluruh dunia kerana mutu kajiannya yang tinggi.
Karya Saffiyyu al-Rahman al-Mubarakfur ini merupakan karya yang unik dari segi bahasa dan susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa berkaitan dengan Rasulullah SAW diceritakan secara kronologi, diperincikan sehingga mampu digambarkan oleh pembaca.
Pandangan dan pendapat mengenai sifat dan peribadi Rasulullah SAW daripada para sahabat, isteri Baginda dan masyarakat setempat dimuatkan dalam bab akhir dalam buku ini. Jelas, buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan untuk pelajar, pendidik dan pendakwah sebagai panduan dalam usaha menyebarkan dakwah. Malah masyarakat umum juga akan mendapati buku ini amat bermanfaat dalam mendidik diri dan keluarga untuk lebih mengenali serta memperhalusi kisah kehidupan Rasulullah SAW serta keperibadian Baginda.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melakukan usaha menterjemahkan buku Ar-Rahiq Al-Makhtum ke dalam Bahasa Melayu dan dinamakan sebagai Sirah Nabawiyyah.
Susunan gaya bahasa terjemahan buku ini lebih mudah difahami kerana terjemahannya menggunakan Bahasa Melayu Malaysia, bukannya Bahasa Indonesia sebagaimana yang banyak terdapat dalam pasaran.
Usaha terjemahan ini dilakukan oleh Ustaz Muhammad Ramzi bin Umar, seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia penterjemahan buku-buku agama tanahair.
MAKLUMAT BERKAITAN BUKU INI:
Nama buku: Sirah Nabawiyyah – Ar-Rahiq Al-Makhtum.
Pengarang: Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.
Penterjemah: Ustaz Muhammad Ramzi bin Omar.
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Ketebalan: 864 muka surat & berkulit keras.
Cetakan: Ke-12
Berat: 1.5 kg
Harga: RM65 sahaja.
DAPATKAN NASKHAH ANDA SEKARANG JUGA ..!!
STOK TERHAD
